Wednesday 14 December 2011

words.



assalamualaikum.

... kadang kadang bukan mudah untuk dapat apa yang kita nak,
bukan senang nak puaskan hati semua pihak...
sebab setiap orang memiliki hati yang berbeza,punyai keinginan yang berbeza...
kadang kadang kita lemah,hilang tujuan,hilang semangat..hilang keyakinan...
gusar sama ada jalan yang dipilih betul atau tak.namun yakinlah...
apa yang kita dapat dan pegang hari ini adalah apa yang kita mintak dalam doa kita saban waktu..
maka jalaninya dengan tenang..rahsia kejayaan seseorang itu adalah
"DIA TAHU APA YANG DIA NAK"
jadi fikir fikirkan apa yang sebenarnya kamu mahu..dan laluinya dengan penuh semangat.
lihat ke belakang mungkin penuh kepedihan,kekecewaan..
namun perkara tersebut yang menjadikan siapa kita sekarang.
usah fikirkan kata orang...
masalah tidak akan melemahkan kita tapi 
cara kita menghadapi masalah menentukan sama ada kita lemah atau kuat..
be POSITIVE!return to HIM in whatever you do..
cukuplah ALLAH s.w.t tempatku bertawakal. -bernama


Thanks for reading this entry!

Friday 9 December 2011

hari ini.

assalamualaikum.

hari nie saya cuti.stay aje dalam bilik kat matrik nih.sangat sangat lah boring.
tak pergi mane mane pun.nak outing duit kurang.elaun tak masuk masuk.
saya admit yang saya gadis yang sangat boros.
tolonglah jangan ikut perangai 'gebu' saya nihh. 
saya janji lepas ni saya takkan lagi membazir.saya janji saya akan berubah.
 tssk.

now,saya dah masuk semester2.celik mata..pejam mate..dah setahun setengah menimba ilmu kat sini.
lagi 4 bulan  saya akan pergi dan tak akan kembali lagi.*ayat skema. 
result sem1 dah dapat.seriously, sangat sangatlah teruk untuk saya. 
tapi saya bersyukur at least saya still lagi ada peluang untuk teruskan perjuangan.
tapi..
---
---
---


saya rasa bersalah sangat sebab dah hancurkan harapan mama.
ya,saya tahu saya perlu balas balek jasa dia pada saya.dia dah banyak berkorban untuk saya.
gagal sekarang tak bermakna gagal untuk selama lamanya kan.sekarang bukan rezeki saya.
rezeki kita dengan rezeki orang laen tak same kan.
saya janji saya akan cuba membahagiakan mama.i'll try...

huahuas.taknak la sedih sedih tengahari nihh. saya lapar. saya nak makan.
ok!bye.

thanks for reading this entry!






Wednesday 16 November 2011

cuba berfikir.

assalamualaikum.

hari nie saya duduk kat rumah jew.hujan mencurah curah.
nak banjir lettew.memang menyusahkan kalau hujan kan.nak keluar pun rase malas sangat sangat.
lebih baek duduk diam diam kat rumah tengok tom n jerry sambil makan jemput jemput(cekodok).itu lebih indah nyaman kan.

tapi hujan tu kan adalah satu rahmat.dari ALLAH s.w.t.
kita sebagai hambaNya tak payahla nak mengeluh sangat.patut bersyukur sebab Dia masih memberi.Dia bukan nak menyusahkan kita tapi itu adalah hadiah Dia untuk kita sebagai hambanya. cuma kita tak sedar.
saya tahu saya bukan la pandai sangat dalam bab bab hal macam ni,
 i'm not pious people.
at least, i think and think and think and i'm be grateful." alhamdullilah "'


saya nak tengok sangat macamana muke,expression tumbuh tumbuhan ketika hujan mencurah curah turun ke bumi.mesti terjoget joget kan.memang lawak.ok yang ni saya reka. tapi mereka la yang paling bahagia on that time kan. dia subur kita sihat.dia bagi oksigen kita bagi karbon dioksida.fair and square. kita saling memerlukan. Allah dah buat sempurna untuk kita semua.
so says " Alhamdullilah "
thanks Allah . .

courtesy from google.#

p/s: dunia ini bukan kita yang punya bukan syaitonnirojim yang punya.dan bukan ahmad albab yang punya.kita cuma pinjam cuma menumpang.



Thanks for reading this entry!





Wednesday 9 November 2011

wish me luck.




assalamualaikum. :)

happy eid-adha people!
belom terlambat lagi rasenyer untuk saya wish.
daging lembu korban still berlambak lagi dalam peti. aihh.. naikla darah tinggi tokwan saya.
hekhekkk...
now,saya cuti 2minggu!saya baru je merdeka sebenarnya.
 exam baru habis before saya balik raya. seriously, saya tak mampu nak senyum panjang cuti nihh.
just smile smile kambing bolehla.. dalam mood resah lagi. saya dah buat yang terbaik 
tapi. soalan exam tuhh macam...
 take my soul and kerat 18 belas pastu buat maen masak masak. sedih. -.-
i know ALLAH tak akan kejam kat hambanya. kan?
insya-ALLAH. saya akan dapat setimpal dengan banyak mane yang saya usahakan.
amin. nak yang terbaekkk!..

"Ya Allah, jadikanlah aku kalangan hamba Mu 
yang mendapat bahagian (pencapaian) 
yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan 
rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan,
 dan mudarat yang Engkau selamatkan
(dari menimpa hamba hamba Mu), dan bala yang Engkau angkatkan
(dari menimpa hamba hamba Mu), dan fitnah yang Engkau jauhkan
(dari menimpa hamba hamba Mu), dan keburukkan yang Engkau 
hindarkan(dari menimpa hamba hamba Mu)"



Wednesday 24 August 2011

Giveaway Beg Comel daripada kukutanganku(^_^)

wehh, aku berdebar nie. bukan eksaited, bukan smile smile kambing.
first time nih join contest. tetibe aje tegerak ati nak join. nak mencuba nasib nihh.
contest ni hak milik milik mira syira.

hopefully, ade chance untuk menang. jimat duit, boleh bergaya.
hekhekk.



okei, sesape yang berminat nak join leh klik kat SINI.

ehhm. ehhm. wanna tag these entry to comey lotte peoples :)

thanks mira syira! ^____^



Ini Kisahku - Wardina Safiyyah


tadi mase aku tengah bw, adelah sorang blogger nie share mengenai video Ini Kisahku - Wardina Safiyyah. tergerak jugak ati yang besar gedabak nie nak tengok. it's just take 20 mins. take a look please. 



' kalau kita berubah untuk jadi baik, Allah akan hantar orang2 yang baik untuk bersama2 kita'. ~Wardina.

turut terasa jugak lepas tengok video nie. almost shed a tears.
rase diri macam naif sangat. aku taw diri aku nie belum cukup baik and sempurna.

B U T 

i tried to become a more better person, tried from a step to another step!
 aku taw aku perlu cari kebahagiaan di akhirat bukan di dunia.
do something manisha!. hidup kite ni pun bukan lame sangat.




Moga Allah bukakan pintu hati kita untuk turut menjadi insan yang lebih baik sebaik insan insan yang mulia di sisi-Nya. InsyaAllah.

Thursday 18 August 2011

thanks a bunch. ♥


thanks sayang sayang semua!
 seriously, aku tak sangka korang semua nak buat suprise.
terharu giler giler. kompem aku tak kan lupe this moment. sweet.  ♥
aku ingatkan korang dah lupe aku yang bising nie. sob. sob!

D A N

 aku taw korang pon takkan lupe aku kan. HAHA.
friend always bebb.
thanks again for this cake and cik dyra punyer bedak.
mujur wangi. :)


this pic credit to cik dyra. :)


thanks a bunch SAYANG's!
cik dyra, mc suey, aDda. sarah, iera.
they giving me hope, strength, and courage at every step!



Wednesday 17 August 2011

i'm 19 years old enough!



17 August 2011

whooah! i'm grown up now. i'm nineteen girl going twenty!
thanks a bunch people; who wished my birthday.
no suprise, no cake, no special things happen.
just smile smile kambing!  hehe. :)


ya Allah, semakin jauh langkah umurku meniti hari,
ku pohon hidayahMu.
moga di lahirku ini kau berkatilah umurku.
dan izinkan aku semakin dekat dengan redhoMu!

Friday 12 August 2011

something what i should face.

assalamualaikum.
dah lame aku tak hapdet blog nie. sibuk sangat ke?? YUPP! aku memang S I B U K. sibuk melayan hati. actually aku malas nak menaip. alaa.. kalau aku menaip bukan ade orang yang sudi bace pon. so, aku terus ambik jalan highway, simpan jew dalam hati yang besar gedabak nie.
dalam hidup nie kita takkan lari dengan perasaan mahu disayangi kan. tak kire la dengan parents, si cinta hati, kawan kawan ataupun dengan kucing yang tersayang. perasaan nie akan hadir dalam hidup seseorang tue yang bernama manusia dengan harapan life way dia akan lebih ceria. indah. aku sebagai manusia yang humble aku teringin ade perasaan macam nie..
hidup nie kite susah nak duga. kadang kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang tue. tapi sebenarnya jauh sangat... walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia, tapi belum tentu hati dia kita dapat selami... mungkin kadang kadang kite dapat tengok dia ketawa, tapi kite tak tahu ape makna di sebalik senyumannya.... bile die menangis, kite ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kite langsung tak disenangi... rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan siapa lawan sehinggalah sampai satu mase kite jatuh . . adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan.
 inilah lumrah hidup. I'll try to accept this fate even though it hurt too much. Pain and heartbreaks are just God's way of saying "I want you to learn how to be stronger and be patient until you meet your right one."

    ALLAH s.w.t always be by ourside.He'll love u more than u could imagine. 
thanks for reading this entry!

Thursday 28 July 2011

Kerana Sehelai Bulu Mata.

 Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, " Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu . . . "

    " Tetapi saksi saksi mengatakan  engkau betul betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa. "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah. "Mana saksi saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja. "

      Jawab malaikat, " Inilah saksi saksi mu . . . "

Tiba tiba mata berbicara, " Saya yang memandang. "
disusuli dengan telinga, " Saya yang mendengar perkara itu. "
hidung pun tidak ketinggalan, " Saya yang mencium. "
bibir pun mengaku dengan slumbernya, " Saya yang merayu. "
lidah menambah dengan berani, " Saya yang menjilat dan menghisap. "
tangan tanpa malu meneruskaan, " Saya yang meraba dan meramas. "
kaki pun menyusul," Saya yang berjalan dan  berlari semasa itu."

" Nah! kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu, " ujar malaikat. Orang tersebuttidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumbankan ke dalam neraka jahanam . . .
Padahal  ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang di landa kesedihan, tiba tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata, berbunyi. " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini. "
Malaikat menjawab dengan tenang, " Silakan wahai bulu mata. "

" Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan. "


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

   "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."



WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.



Sunday 24 July 2011

1inche dalam diri.

ahh, BOOSANN nyer! mood study dah pergi outing. cuace pulak cam memanggil manggil nak soh peluk selimut busuk. adooi . .

takde keje nak dibuat . . nantila study! HEHE.


memang tido lena lena wohh! HAHA

rak yang penuh dengan buku ilmu okei! 

port study and T I D O O !!

lappy kesayangan! 

note KIMIA  :)

dah dah. study pulok! nak masuk UTM, be a CHEMISTRY TEACHER!
whooah! Amin.



Friday 22 July 2011

sweet moment. ♥

  nie cerita minggu lepas! baru sekarang nak update. sweet moment. ♥ 






makan durian tepi jalan! macam budak budak tak pernah jumpe durian. HAHA. 

budak kempunan durian; manisha mc sue ... farah nurhanis!
nanti kite makan lagi! :')






Friday 15 July 2011

Menjadi wanita yang cantik.









Wanita yang cantik..
“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.

wanita yang cantik adalah . .

*Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan.

*Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

*Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

*Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

*Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.

*Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

*Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

*Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.


Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.”


“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.

SETIAP WANITA ITU CANTIK….




Sunday 10 July 2011

tuhan mendengar hati kita menangis.

sabarlah sayang . .
kuatkan hati, jangan menangis.




Tuhanku..
ketika hati ini  menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu

Tuhanku..
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku..
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku..
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana selalu mendengar rintihanku..