Wednesday, 24 August 2011

Giveaway Beg Comel daripada kukutanganku(^_^)

wehh, aku berdebar nie. bukan eksaited, bukan smile smile kambing.
first time nih join contest. tetibe aje tegerak ati nak join. nak mencuba nasib nihh.
contest ni hak milik milik mira syira.

hopefully, ade chance untuk menang. jimat duit, boleh bergaya.
hekhekk.



okei, sesape yang berminat nak join leh klik kat SINI.

ehhm. ehhm. wanna tag these entry to comey lotte peoples :)

thanks mira syira! ^____^



Ini Kisahku - Wardina Safiyyah


tadi mase aku tengah bw, adelah sorang blogger nie share mengenai video Ini Kisahku - Wardina Safiyyah. tergerak jugak ati yang besar gedabak nie nak tengok. it's just take 20 mins. take a look please. 



' kalau kita berubah untuk jadi baik, Allah akan hantar orang2 yang baik untuk bersama2 kita'. ~Wardina.

turut terasa jugak lepas tengok video nie. almost shed a tears.
rase diri macam naif sangat. aku taw diri aku nie belum cukup baik and sempurna.

B U T 

i tried to become a more better person, tried from a step to another step!
 aku taw aku perlu cari kebahagiaan di akhirat bukan di dunia.
do something manisha!. hidup kite ni pun bukan lame sangat.




Moga Allah bukakan pintu hati kita untuk turut menjadi insan yang lebih baik sebaik insan insan yang mulia di sisi-Nya. InsyaAllah.

Thursday, 18 August 2011

thanks a bunch. ♥


thanks sayang sayang semua!
 seriously, aku tak sangka korang semua nak buat suprise.
terharu giler giler. kompem aku tak kan lupe this moment. sweet.  ♥
aku ingatkan korang dah lupe aku yang bising nie. sob. sob!

D A N

 aku taw korang pon takkan lupe aku kan. HAHA.
friend always bebb.
thanks again for this cake and cik dyra punyer bedak.
mujur wangi. :)


this pic credit to cik dyra. :)


thanks a bunch SAYANG's!
cik dyra, mc suey, aDda. sarah, iera.
they giving me hope, strength, and courage at every step!



Wednesday, 17 August 2011

i'm 19 years old enough!



17 August 2011

whooah! i'm grown up now. i'm nineteen girl going twenty!
thanks a bunch people; who wished my birthday.
no suprise, no cake, no special things happen.
just smile smile kambing!  hehe. :)


ya Allah, semakin jauh langkah umurku meniti hari,
ku pohon hidayahMu.
moga di lahirku ini kau berkatilah umurku.
dan izinkan aku semakin dekat dengan redhoMu!

Friday, 12 August 2011

something what i should face.

assalamualaikum.
dah lame aku tak hapdet blog nie. sibuk sangat ke?? YUPP! aku memang S I B U K. sibuk melayan hati. actually aku malas nak menaip. alaa.. kalau aku menaip bukan ade orang yang sudi bace pon. so, aku terus ambik jalan highway, simpan jew dalam hati yang besar gedabak nie.
dalam hidup nie kita takkan lari dengan perasaan mahu disayangi kan. tak kire la dengan parents, si cinta hati, kawan kawan ataupun dengan kucing yang tersayang. perasaan nie akan hadir dalam hidup seseorang tue yang bernama manusia dengan harapan life way dia akan lebih ceria. indah. aku sebagai manusia yang humble aku teringin ade perasaan macam nie..
hidup nie kite susah nak duga. kadang kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang tue. tapi sebenarnya jauh sangat... walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia, tapi belum tentu hati dia kita dapat selami... mungkin kadang kadang kite dapat tengok dia ketawa, tapi kite tak tahu ape makna di sebalik senyumannya.... bile die menangis, kite ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kite langsung tak disenangi... rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan siapa lawan sehinggalah sampai satu mase kite jatuh . . adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan.
 inilah lumrah hidup. I'll try to accept this fate even though it hurt too much. Pain and heartbreaks are just God's way of saying "I want you to learn how to be stronger and be patient until you meet your right one."

    ALLAH s.w.t always be by ourside.He'll love u more than u could imagine. 
thanks for reading this entry!

Thursday, 28 July 2011

Kerana Sehelai Bulu Mata.

 Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, " Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu . . . "

    " Tetapi saksi saksi mengatakan  engkau betul betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa. "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah. "Mana saksi saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja. "

      Jawab malaikat, " Inilah saksi saksi mu . . . "

Tiba tiba mata berbicara, " Saya yang memandang. "
disusuli dengan telinga, " Saya yang mendengar perkara itu. "
hidung pun tidak ketinggalan, " Saya yang mencium. "
bibir pun mengaku dengan slumbernya, " Saya yang merayu. "
lidah menambah dengan berani, " Saya yang menjilat dan menghisap. "
tangan tanpa malu meneruskaan, " Saya yang meraba dan meramas. "
kaki pun menyusul," Saya yang berjalan dan  berlari semasa itu."

" Nah! kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu, " ujar malaikat. Orang tersebuttidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumbankan ke dalam neraka jahanam . . .
Padahal  ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang di landa kesedihan, tiba tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata, berbunyi. " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini. "
Malaikat menjawab dengan tenang, " Silakan wahai bulu mata. "

" Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan. "


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

   "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."



WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.



Sunday, 24 July 2011

1inche dalam diri.

ahh, BOOSANN nyer! mood study dah pergi outing. cuace pulak cam memanggil manggil nak soh peluk selimut busuk. adooi . .

takde keje nak dibuat . . nantila study! HEHE.


memang tido lena lena wohh! HAHA

rak yang penuh dengan buku ilmu okei! 

port study and T I D O O !!

lappy kesayangan! 

note KIMIA  :)

dah dah. study pulok! nak masuk UTM, be a CHEMISTRY TEACHER!
whooah! Amin.



Friday, 22 July 2011

sweet moment. ♥

  nie cerita minggu lepas! baru sekarang nak update. sweet moment. ♥ 






makan durian tepi jalan! macam budak budak tak pernah jumpe durian. HAHA. 

budak kempunan durian; manisha mc sue ... farah nurhanis!
nanti kite makan lagi! :')






Friday, 15 July 2011

Menjadi wanita yang cantik.









Wanita yang cantik..
“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.

wanita yang cantik adalah . .

*Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan.

*Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

*Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

*Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

*Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.

*Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

*Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

*Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.


Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.”


“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.

SETIAP WANITA ITU CANTIK….




Sunday, 10 July 2011

tuhan mendengar hati kita menangis.

sabarlah sayang . .
kuatkan hati, jangan menangis.




Tuhanku..
ketika hati ini  menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu

Tuhanku..
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku..
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku..
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana selalu mendengar rintihanku..






Friday, 8 July 2011

♥ My.Only.One. ♥


seriously, saya miss inche BOB*.









Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin…
 Janji Allah adalah pasti, wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. 
Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pada mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~





Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia,  kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.#