Thursday 28 July 2011

Kerana Sehelai Bulu Mata.

 Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, " Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu . . . "

    " Tetapi saksi saksi mengatakan  engkau betul betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa. "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah. "Mana saksi saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja. "

      Jawab malaikat, " Inilah saksi saksi mu . . . "

Tiba tiba mata berbicara, " Saya yang memandang. "
disusuli dengan telinga, " Saya yang mendengar perkara itu. "
hidung pun tidak ketinggalan, " Saya yang mencium. "
bibir pun mengaku dengan slumbernya, " Saya yang merayu. "
lidah menambah dengan berani, " Saya yang menjilat dan menghisap. "
tangan tanpa malu meneruskaan, " Saya yang meraba dan meramas. "
kaki pun menyusul," Saya yang berjalan dan  berlari semasa itu."

" Nah! kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu, " ujar malaikat. Orang tersebuttidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumbankan ke dalam neraka jahanam . . .
Padahal  ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang di landa kesedihan, tiba tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata, berbunyi. " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini. "
Malaikat menjawab dengan tenang, " Silakan wahai bulu mata. "

" Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan. "


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

   "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."



WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.



Sunday 24 July 2011

1inche dalam diri.

ahh, BOOSANN nyer! mood study dah pergi outing. cuace pulak cam memanggil manggil nak soh peluk selimut busuk. adooi . .

takde keje nak dibuat . . nantila study! HEHE.


memang tido lena lena wohh! HAHA

rak yang penuh dengan buku ilmu okei! 

port study and T I D O O !!

lappy kesayangan! 

note KIMIA  :)

dah dah. study pulok! nak masuk UTM, be a CHEMISTRY TEACHER!
whooah! Amin.



Friday 22 July 2011

sweet moment. ♥

  nie cerita minggu lepas! baru sekarang nak update. sweet moment. ♥ 






makan durian tepi jalan! macam budak budak tak pernah jumpe durian. HAHA. 

budak kempunan durian; manisha mc sue ... farah nurhanis!
nanti kite makan lagi! :')






Friday 15 July 2011

Menjadi wanita yang cantik.









Wanita yang cantik..
“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.

wanita yang cantik adalah . .

*Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan.

*Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

*Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

*Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

*Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.

*Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

*Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

*Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.


Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.”


“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.

SETIAP WANITA ITU CANTIK….




Sunday 10 July 2011

tuhan mendengar hati kita menangis.

sabarlah sayang . .
kuatkan hati, jangan menangis.




Tuhanku..
ketika hati ini  menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu

Tuhanku..
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku..
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku..
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana selalu mendengar rintihanku..






Friday 8 July 2011

♥ My.Only.One. ♥


seriously, saya miss inche BOB*.









Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin…
 Janji Allah adalah pasti, wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. 
Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pada mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~





Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia,  kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.#

M.A.T.A





setiap mata yang tertutup;
belum bererti dia tidur,
setiap mata yang terbuka;
belum bererti dia melihat.

Thursday 7 July 2011

bile tahun bertatih umur mule merangkak.

perut tengah kosong tekak lak ase perit, tetibe aje ingat kat aiskrim seposen nie . . :)



rindu mase jadi budak budak. boleh berlari, boleh manja manja, maen kejar kejar, pondok pondok. betolla kan . .    BUDAK BUDAK
                no problems that need to be thinking*
                " i'm nineteen years old going twenty " okei. FINE! 
saya sedar. anak dare abah dan mama nie dah besar. tak lame lagi boleh tutt . tutt . . la kan// kan. HAHA.jangan nak gatal sangat.  :)

Wednesday 6 July 2011

terjatuh hati pulak dah!

asal aku jadi minah gatal nie! astaghfirullahalazim . . 
takyahla nak mengarot sangat kan. sebenar benarnya aku cume terjatuh hati jantung nak belai ikan ikan yang cantik lagi comel. boleh belai ke?? ko igat kucing parsi ke yang ko gatai gatai nak maen belai belai tue! memang putus fius la aku nie kan. pheww ==

sebagai balasan tuk mengurangkan rindu aku kat inche bob , aku pon decide nak bela ikan kat matrix. ikan gupi jadi pilihan sang hati. :)


*abaikan dinding bilik aku. buat malu jew. -.-

suke suki aku aje kasi ikan tue name. . ikan pon nak gak name spesel kan. HAHA.

      si jantan ; MATT
         si betina ; MINN


  cepat cepat la bertelur! nak jugak rase ade cucu. 
HHEKK! . .