Saturday 28 May 2011

"Mencari Blogger Wanita"

create your own banner at mybannermaker.com!



                   syarat2 nak join bloglist wanita

  1. dah tentu lah korang mesti perempuan...............hehehe
  2. buat satu entry khas dekat blog korang yang bertajuk "Mencari Blogger Wanita"
  3. letak banner yang gegurl sediakan tu dalam entry korang.
  4. masukkan link entry segmen ni kedalam entry yang korang buat tu tau.
  5. bagi yang belum jadi followers blog jokegurl,sudah tentu lah kena jadi followers terlebih dahulu.........
  6. pastu korang letak link entry yang korang buat tu kedalam ruangan komen kat bawah ni tau.
  7. tarikh tutup : pukul 12.01AM hari isnin 30hb may 2011. 
 #senang jew kan. jom la join!  :)



siti aisyah bt. said ## ilysm

 malam tadi aku ade terima mesej dari kawan lame aku nie. bile lame lame aku mesej dengan die hati aku jadi sebak. seriously aku tak sangke die tetap setia berkawan dengan aku, tetap menyayangi aku sebagai seorang kawan. die tak tipu die sayang aku. aku kenal diri die. walaupun muke macam innocent, hati tetap suci == tak pernah menipu.


##  aku ikhlas cakap sya,orang macam mung, aku takkan lupe selagi aku tak accident sampai hilang ingatan.


##  mung jangan bimbang pasal diri mung, dan ape yang mung nak buat sebab aku akan jadi penyokong kuat walaupun dari jauh.


##  belajor molek2 sya ea. tak payah fikir sangat pasal kawan tue. kawan dengan orang yang mung rase boleh terima mung sebab diri mung, bukan sebab lain. aku pun bukan baik tapi kalau mung nak, aku boleh jadi kawang mung sampai bile bile. kalau dah tak ade orang yang sayang mung, mg kena ingat aku kan ade. jadi diri sendiri. baru hidup mung lagi bermakna. jangan bimbang, aku tak akan lupa mung sampai bile bile walaupun maybe kite tak boleh nak jumpe macam dulu dulu. yang aku nak, mung belajar sungguh. buktikan pada mama mung yang mung boleh berjaya. === aku sayang mung jugak.


  aku rase terharu sangat bile bace mesej yang die reply kat aku. resah hati nie jadi campur tolak pulak. ade bahagia, ade rase bersalah. bahagia sebab die tetap ingat aku, tetap ada untuk aku walaupun ape yang terjadi.    kenapa rase bersalah//  aku rase menyesal sebab tak menghargai die, aku sie sie kan persahabatan aku dengan dia. maaf chah. saya MISS awak sangat sangat##





If you're alone, I'll be your shadow.  If you want to cry, I'll be your shoulder.  If you want a hug, I'll be your pillow.  If you need to be happy, I'll be your smile.  But anytime you need a friend, I'll just be me.  

Friday 27 May 2011

#orientasi

 macamane orientasi//  MEMENATKAN.

   hari hari kena tido lewat bangun awal. hari hari kena berlari. hari hari kena beleter. hari hari mengatuk!
mende nie semua memang buat hari hari aku bengang!  tapi tue semua dah lepas. orientasi dah HABISS!  :)









# hari terakhir. cantik kan kena pakai tudung same.
 thanx mc sue, cik dyra, sarah, aien, tia, myza.  :)


potpetpotpet//  aku arap aku boleh buat yang terbaik untuk diri aku. ALLAH s.w.t always be by yourside and myside. insya-ALLAH.







Saturday 21 May 2011

menghitung HARI.

peace be upon you.

TWO days to go.  :)



aku eksaited ke?//  mane ade. dupdapdupdap nie. berdebarla jugak even sebelom nie aku dah tempuhi semua tue. aku belom prepare ape ape lagi. aku nak tambah cuti lagi boleh tak?? *memang nak kena pelempang sepuluh kaki budak ni.

seriously, aku memang rase malas malas malas sangat nak balek kolej. aku rase hidup aku macam terkurung, terperangkap bile duduk kat sane. mule-mule dah kena orientasi tujuh hari tujuh malam. aku teruja sangat. mulut tersenyum manis, hati meraung raung. redho ajela kan. . bile dah kena orientasi nie kompem kompem la dapat kawan baru kan. memang eksaited tapi die macam aku tak. kepale gile-gile atau sipu-sipu malu//  ataupun teruss jadi siput.














* cantik kan kolej aku. bukan hak milik aku, aku cume tumpang.  :)


aku terima hakikat yang aku akan balek kolej tak lama lagi. dah tak boleh goyang goyang kaki, proses taik mate// errrr . .  ade kilang ke?  kuatkan hati, kuatkan kaki.

okei. sekian, 4rata jadi idaman. :)











Thursday 19 May 2011

HIDUPKU BUKAN HANYA MILIKKU SELAMANYA

Setiap hari aku terbangun dari lelapnya tidur dengan sebuah kehidupan baru,
Setiap saat dengan dada membusung aku katakan : “ini hidupku”,
dan kerananya aku tidak ingin orang lain masuk dan
mencampurinya,
aku ingin bebas melakukan apa saja yang aku mahu,
aku ingin dapat melakukan apa saja yang aku suka,
kerana ini adalah hidupku sendiri,
tanpa pernah menyedari kalau hidupku ternyata bukan
hanya milikku seorang sama sekali.

Hidupku adalah milik Tuhanku, Allah SWT.
kerana Dia yang menciptakanku,
menyulamku menjadi janin mungil dalam rahim ibuku,
meniupkan nafas kedalam hidungku,
mengalirkan darah kedalam pembuluhku,
dan karena akhirnya aku akan kembali ke pangkuan-Nya.

Hidupku adalah milik ibuku,
kerana dia telah mengandung, melahirkan dan menyusuiku,
dia mengisi hatiku dengan cintanya,
dan menampung air mataku dengan tangannya,
kerana dia yang bersedia untuk berjalan disampingku
sampai akhir hayatnya.

Hidupku adalah milik ayahku,
kerana dia menjaga dan melindungiku sejak kanak-kanakku,
dia membuatku bisa hidup dan berkembang,
dengan pengorbanan.
dia tidak bisa selalu berada di dekatku,
ya , tapi dia berjanji selalu ada untuk mengangkatku
saat terjatuh.

Hidupku adalah milik saudara-saudariku,
kerana mereka mencintaiku seolah
aku adalah bagian dari tubuh mereka,
menangis dan tertawa bersamaku.

Hidupku adalah milik sahabat-sahabatku,
milik mereka yang menanyakan khabarku,
mereka yang tersenyum padaku,
mereka yang mahu menampung bebanku,
mereka yang merisik isi hatiku,
mereka yang memintaku untuk solat tepat pada waktu,
mereka yang bahagia denganku,
mereka yang mentertawai kebodohanku,
mereka yang selalu mengharapkan kehadiranku,
mereka yang berjalan di sampingku,
mereka yang mengatakan aku mencintaimu,
kerana kesedihanku akan menjadikan hari
terasa suram bagi mereka,
dan kegembiraanku akan menjadi
penambah semangat bagi mereka,
kerana sakitku akan terasa sakit juga bagi mereka,
dan senyumku akan menjadi senyum mereka pula.

Betapa bodohnya bila dalam hidupku,
aku menganggap hidupku hanya milikku sendiri,
padahal setiap detik hidupku adalah milik mereka yang
mencintaiku dan menyayangiku,
milik mereka yang menungguku,
dan milik mereka yang pernah, sekarang dan akan ada
dalam hidupku.

Hidup ini begitu indah, maka buatlah menjadi lebih
indah dengan melakukan segala sesuatu yang indah untuk
semua orang.





Saturday 14 May 2011

STRESS sangat la tue.

    aku kalau STRESS sangat sangat aku akan buat macam nie . .


   makan banyak banyak.
sebelom nie pon aku memang makan banyak kot tapi time tengah macamnie terlebih sukatan la weyh.




  bawak motor laju laju.
aku tak kesah dah ape nak jadi. kalau terkena naseb! tapi dalam hati "Ya ALLAH, lindungilah diriku ini. " . . tahu pon takut.




  duduk sorang sorang tak pandang kiri kanan.
ambik kertas, pen aku pon menconteng . . sampaila aku mengatuk. teruss TIDOO!




  aku takkan cakap banyak macam selalu.
mulut aku automatic terkunci. macam ade emas satu geleng dalam tue!




  sape sape jew panggil aku, aku akan buat bodoh.
sampai bergegar anak tekak ko panggil aku, aku takkan layan la. sebab ko punya pasal la ku STRESS!!








p/s : cukupla lima. aku bukan suke stress sangat pon. buat naek jururawat kat muke aku jew.







Tuesday 10 May 2011

DIMANA-DIMANA . .




DIMANA DIMANA
Di mana di mana, di mana ku harus mencari
 cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho ooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A a a ah

Ho o ooo, Kaulah penebus cintaku
Ho o ooo Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho wo wooo

Ho o ho o o oooo Oh
Hanyalah kamu di hatiku


p/s : untungla diorang ade sore sodap SODAP!  :)

Monday 9 May 2011

lemak bertepek tepek di RUMAH!

 KENYANG!  tak kenyang macamane kan . . aku bantai chicken chop tue sorang sorang! macam tak makan setahun. aku kalau makan dah tak toleh kiri kanan. menonong jew mulut aku menguyah. tak kesah dah kat orang laen. lantak depa la! kuang hajaq punya ayat. haha.



aku dinner dengan mama aku jew. DINNER doe! tersasul cakap mat saleh pulak. mama aku yag buat chicken chop segala tue. aku dalam proses nak belajar buat. aku kalau bab makanan laju jew. dah makanan kompem bole buat aku terlentang. tapi kalau bab study ade jew alasan bagai bagai. macam ade tige puloh tige ekor syaiton yang tengah maen hanyun hanyun kat telinga aku nie ha.




               *nie aku ambik dari pak cik google jew. ala ala macam nie gak la.  :)




mesti lemak aku bertepek tepek kat seluruh badan aku nie. aku tak kesah dah janji perot aku gembira. kalau tak ade jew die buat melodi yang menyayat hati aku. aku nie tak gemar mane western food sangat sebenarnya. fast food pon camtu gak. sesekali bolela. mulut aku nie bukan mulut mat saleh sangat pon. aku tak hadap sangatla macaroni,chicken pasta with mango sauce, mcD. baek aku makan nasi lauk singgang cicah budu. lagi SODAP! yang nie aku kesah sangat sangat letak tangan di dada mata ke atas la derrrr  ~~


lagipon aku bole jimat duit gak kan?? bolela aku simpan untuk kahwin. berangan bolela ~~  penoh satu perot aku malam nie. terlentang la aku tido nanti sambil ternganga nganga. buruk bebeno perangai aku kan. haha. sape la yang untung nanti dapat ko nie manisha . .  :D


p/s : harap harap aku pandai serba serbi bile dah kahwin nanti. untung suami aku. haha.





Saturday 7 May 2011

kasih IBU

* MAMA saye. comey lote kan?? ^____^

awak semua . . cube awak bace puisi kat bawah nie. 
sedih sangat sangat sangat.

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…
Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu
Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

 ” Kasih ibu sepanjang jalan, tak terkira sepanjang masa, hanya memberi dan tak harap kembali, bagai sang suria menyinari dunia “.



   p/s : menyesal pulak jadi anak yang degil. maaf mama.  happy mOther's day MAMA!  :)