Friday 6 May 2011

kerana aku SAYANG kamu.

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yang terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, SAHABATKU!


                                        


p/s : tetiba buat ayat sedih. dah memang aku tengah sedih. sob. sob. nak selimut busuk!!

8 comments:

~RizaL~ said...

mula2 da sedih.. tp tiba baca part selimut busuk trus tergelak.. hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hey hey, xmo sedih sedih. xmo xmo!! hehe i like lah. mana dapat ni? dari lubuk hati paling dalam kah?? hehehe love manisha. =)

marzaitulmanisha said...

@suhailah acp : tak sedih dah. habis stok air mata tuk 3 bulan. dari hati suci lagi murni. cehh! haha. :D

marzaitulmanisha said...

@ ~RizaL~ : taching sangat. tue la harta hidup mati yang ade. haha.

A.w said...

tumpang tacink~~
ngeeeee....
hmmm
sedey lah....

ahmad fiffy said...

i'll be missin and lovin u babe...~~ahmad fiffy~~

marzaitulmanisha said...

@aWaNnies : takmo la sedih2! senyum okei! :)


@ahmad fiffy : saya sentiasa ingat awak. tetap di hati ini. :)