Thursday 19 May 2011

HIDUPKU BUKAN HANYA MILIKKU SELAMANYA

Setiap hari aku terbangun dari lelapnya tidur dengan sebuah kehidupan baru,
Setiap saat dengan dada membusung aku katakan : “ini hidupku”,
dan kerananya aku tidak ingin orang lain masuk dan
mencampurinya,
aku ingin bebas melakukan apa saja yang aku mahu,
aku ingin dapat melakukan apa saja yang aku suka,
kerana ini adalah hidupku sendiri,
tanpa pernah menyedari kalau hidupku ternyata bukan
hanya milikku seorang sama sekali.

Hidupku adalah milik Tuhanku, Allah SWT.
kerana Dia yang menciptakanku,
menyulamku menjadi janin mungil dalam rahim ibuku,
meniupkan nafas kedalam hidungku,
mengalirkan darah kedalam pembuluhku,
dan karena akhirnya aku akan kembali ke pangkuan-Nya.

Hidupku adalah milik ibuku,
kerana dia telah mengandung, melahirkan dan menyusuiku,
dia mengisi hatiku dengan cintanya,
dan menampung air mataku dengan tangannya,
kerana dia yang bersedia untuk berjalan disampingku
sampai akhir hayatnya.

Hidupku adalah milik ayahku,
kerana dia menjaga dan melindungiku sejak kanak-kanakku,
dia membuatku bisa hidup dan berkembang,
dengan pengorbanan.
dia tidak bisa selalu berada di dekatku,
ya , tapi dia berjanji selalu ada untuk mengangkatku
saat terjatuh.

Hidupku adalah milik saudara-saudariku,
kerana mereka mencintaiku seolah
aku adalah bagian dari tubuh mereka,
menangis dan tertawa bersamaku.

Hidupku adalah milik sahabat-sahabatku,
milik mereka yang menanyakan khabarku,
mereka yang tersenyum padaku,
mereka yang mahu menampung bebanku,
mereka yang merisik isi hatiku,
mereka yang memintaku untuk solat tepat pada waktu,
mereka yang bahagia denganku,
mereka yang mentertawai kebodohanku,
mereka yang selalu mengharapkan kehadiranku,
mereka yang berjalan di sampingku,
mereka yang mengatakan aku mencintaimu,
kerana kesedihanku akan menjadikan hari
terasa suram bagi mereka,
dan kegembiraanku akan menjadi
penambah semangat bagi mereka,
kerana sakitku akan terasa sakit juga bagi mereka,
dan senyumku akan menjadi senyum mereka pula.

Betapa bodohnya bila dalam hidupku,
aku menganggap hidupku hanya milikku sendiri,
padahal setiap detik hidupku adalah milik mereka yang
mencintaiku dan menyayangiku,
milik mereka yang menungguku,
dan milik mereka yang pernah, sekarang dan akan ada
dalam hidupku.

Hidup ini begitu indah, maka buatlah menjadi lebih
indah dengan melakukan segala sesuatu yang indah untuk
semua orang.





3 comments:

Nenek Fasola said...

jemput singgah blog nenek http://penglipurlarafasola.blogspot.com/ kalau nk follow skali pun ape salahnye.hee

aSYRaFF aL-RaSYiD said...

nice entry..sblom nie rse mcm tu jgak, 'Hidupku Milikku Seorang'! waaah~

marzaitulmanisha said...

@aSYRaFF aL-RaSYiD : thanks. bahagie rase macam tue kan. :)

@Nenek Fasola : nice name. i'll follow u. =)